ini best

Saturday, January 2, 2010

masih ada lagi

Saturday, January 2, 2010
Asalamualaikum…

Aku kembali berbloging setelah lama aku menyepi, dengan blog yang aku tutup sebentar, Cuma author access aku takde update pape..sebulan lebih aku menyepi, banyak perkara yang berlaku dalam life aku lately tapi perlu ke aku luahkan semuanya di sini? Tak perlu kot, cukup lah kalau aku highlight kan perkara-perkara yang penting saja; Momen-momen yang happy, penuh makna, dan memberi impak kepada life aku. sepanjang aku bercuti semester, aku duduk di rumah dan kebanyakkan masa yang terluang aku habiskan mengadap muka tv. Pagi petang siang malam, pagi dari jam 8.00 pagi bermula dengan mukadimah kartun Usop Santorian aktiviti aku bermula dan akan berakhir pada jam 1.00am dengan cerita-cerita biasa di tv8.

Sudah habis semester terakhir aku di USM, habis juga peperiksaan terakhir yang memerlukan aku membeku kesejukan dalam dewan peperiksaan, takde dah jelingan2 manja dalam dewan peperiksaan menengok2 kawan-kawan di sebelah samaada mereka boleh menjawab soalan peperiksaan ke tidak..dan dah tiada assignments yang banyak datang saban minggu yang mampu gugat kesabaran aku sebagai pelajar. Aku bebas dari semua tekanan itu, tapi kenangan selama 4 tahun yang telah berlalu tak mudah untuk aku lupakan.

Dalam masa seminggu lebih lagi aku akan menjalankan tugasan terakhir ku sebagai pelajar ilmu pendidikan Universiti Sains Malaysia. Aku akan bergelar seorang guru, aku akan melangkah ke sekolah menjadi seorang pendidik. Mampukah aku? Berkelayakankah aku? Biar 16 minggu itu yang tentukan…secara tak langsung ini merupakan langkah pertama dalam memasuki fasa baru hidup aku. Aku bukan lagi pelajar, tapi aku akan masuk ke alam pekerjaan.

2010 datang juga akhirnya, dan pada tahun baru ini usia aku melonjak ke angka 24, apa yang mampu aku harapkan untuk tahun 2010 itu ialah kehidupan yang lebih stabil dan mungkin juga permulaan life aku stelah berakhirnya life student aku di usm. Aku nak kawen tahun neh bleyh? Ada sesape tak yang nak sponser aku kawen?hahaha..dalam usia yang makin meningkat ini makin ramai plak kawan2 aku yang mula mengakhiri zaman bujang mereka…ada jea jemputan kenduri kawen sana sini..aku bila pulak? Mungkin belum tiba masanya...sekarang yang menjadi keutamaan aku ialah mendapatkan pekerjaan dahulu..mau rasa duit sendiri dulu maaa, slama neh asik guna duit hutang jea…hahaha..ptptn kau memang banyak berjasa.

Azam tahun baru? Malas la nak gitau lam neh,segan rasanya.. takut tak kesampaian..apepun azam tahun baru 2010 ini ada kaitan dengan konvo aku bulan 8 neh…usaha ok..insyaAllah..
untuk teman-teman sependidikan yang bakal menjadi guru minggu hadapan di sekolah masing-masing, semoga Berjaya aku ucapkan. Rajin-rajin la bangun pagi kalau dapat sekolah sesi pagi..dan untuk aku pulak semoga aku mampu melakukan yang terbaik nanti di SMK Siong, semoga Allah permudahkan jalan yang bakal aku lalui nanti.

Sunday, November 15, 2009

checklist sebelum pulang

Sunday, November 15, 2009

kotak2 buku dah kemas- check
alat2 mekap,bedak etc da lam kotak-check
teddy bear dalam plastik-check
kasut2 dalam 1kotak-check

baju lom kemas-not check
pinggan mangkuk etc- not check
patrix- not check
note2 lom kemas- not check
bg printer kat pacek- not check
timba++barang bilik air- not check

*****

checklist kemas barang before berangkut pulang minggu neh...semua barang nak kena bawa pulang...manyak betul...selamat sem lepas da bawa balik banyak barang yang tak guna..kalu tak mesti lagi serabut nak kemas dan nak bawak balik suma barang2 tu...
da balik umah nanti, kena kemas bilik lak...bagi cun2..sebab bilik itu suda 4taun ditinggalkn, jarang guna oleh aku kecuali la aku balik umah...kali neh nak hias cantik2, nak apply cat baru...nak jadikan bilik aku itu seperti bilik seorang puteri...hahaha..

da tinggal sisa2 hari aje aku kat penang...5 hari terakhir aku disini...

21 november ini aku akan berangkat pulang ke rumah...
ke pangkuan keluarga tercinta kembali....
ke dapur yang banyak menggemukkan aku itu..
ke budak kecik bernama hanim yang menjadi teman aku menonton Wonderpets...
ke pangkuan abah yang sentiasa alert dan risaukan keadaan anak2 dea yang makin dewasa ini...
ke pangkuan emak yang sentiasa memahami jiwa anak remajanye..
ke pangkuan fifi, si kucing yang pemalas itu...keje tido jea dea..
hahaha..

tak perlu lagi craving giler2 utk makan kerang cicah sambal
tak perlu lagi rindu nak mengacau si kecik hanim tu
tak perlu lagi rindu menatap wajah emak..
kerana selepas ini aku ada di sana tiap masa tiap tika waktu..

aku pulang ke sana dan aku tinggalkan segala suka duka ku di sini..

walau pedih untuk tinggalkan semua tempat yang pernah mencorak diri aku slama 4 taun neh,
tapi biar perpisahan kali ini mengajar aku sesuatu yang baru...
mengajar aku untuk lebih dewasa
aku da 23...aku patut lebih dewasa dalam meniti hari2 mendatang

untuk pacek
kita akan berjauhan kali ini
bukan untuk sehari dua,
bukan untuk seminggu dua,
atau sebulan dua,
tapi mungkin bertahun..
terasa berat hati untuk meninggalkan kebiasaan diri
tapi mungkin pembaharuan itu baik
biar jarak itu ajar kita erti menghargai
biar kejauhan itu ajar kita erti merindui
biar kekosongan yang pernah terisi itu jadikan kita lebih kuat
biar itu semua buat kita lebih sayang

*****

apa lagi ek yang belum dalam list...

lima belas november

15 november
mungkin bukan satu tarikh yang elok dalam life aku

15 november 2008
aku terluka,
aku kecewa,
aku menangis

15 november 2009
aku terluka lagi,
aku kecewa lagi,
aku menangis lagi

hati dan diri aku makin beku
makin kaku
hati aku makin sejuk
sesejuk air yang menjamah tubuhku hari ini

tapi aku makin kuat
15 november 2008 aku menangis sepenuh hati
15 november 2009 aku menangis dalam diam
yea allin makin kuat
hati allin makin sejuk
diri allin makin beku

dalam duka aku masih mampu tersenyum
dalam sakit aku masih mampu ketawa
yea...makin lama makin handal lakonan aku kat atas dunia neh
aku sudah pandai simpan emosi
aku sudah pandai sorok apa aku rasa
aku sudah pandai larikan lirikan mata dari segala yang mampu lukakan hati aku
mungkin setahun dua lagi aku layak dapat anugerah pelakon terbaik
mungkin...

aku makin kuat
allin makin kuat

dan air mata itu terus mengalir...

Wednesday, November 11, 2009

award yea...hehehe

Wednesday, November 11, 2009
asalamualaikum

wahahaha...lama dah tak dapat award2 neh...thank yea kepada encik dragon kita...semoga bertambah lagi pengikut2 encik dragon kita....

p/s: rasa cun lak dragon tu pakai spec..nak bela sekor la...

Monday, November 9, 2009

tak paham

Monday, November 9, 2009
aku ada la bersite visit tadi di alam maya...
ke sebuah site yg cumel2 gitu kat mana isinya penuh dengan gadis2 yang mengaku cumel
ahaaa..
banyak betul gambar2 gadis kita yang cumel rupanya, rambut ikal mayang mengurai di bahu,
senyum manis terpikat lelaki bila menengok, lenggok badan yang slim lagi mantap itu..
tapi cuma satu jea yang aku tak paham...

kenapa perlu menjual?

menjual dada yang putih gebu itu untuk tatapan orang
menjual peha yang cantik takde cela itu untuk santapan mata orang
di atas katil
di toilet
di luar
di dalam
waima di atas mangkuk tandas pun ada

berbaring
duduk merenung camera
pura2 memandang ke arah lain ( gimik candid cun)
bergolek di atas katil
di lantai
di sofa
berdiri

ahhh...macam2 gaya yang ada..

berkebaya/berkurung (sejuk mata orang tua memandang)
ber t-shirt
berskirt
ber baju tali spagetti
berbaju nipis
berbaju dalam
ber bra
bernaked juga ada

bermcm2 ber lagi ada disitu

alahai gadis2 melayu itu


bila aku tengok, ya memang cantik gadis2 melayu kita, ayu senyum tawa, nian mata melirik...tapi bila dah banyak sangat gambar2 yang tak sepatutnye diawamkan, naik jelak plak aku melayan gambar gadis2 itu...




Friday, November 6, 2009

Eden Lake

Friday, November 6, 2009
asalamualaikum

EDEN LAKE

ramai rasanye yang dah tengok cerita neh..cuma aku jea yang lambat sikit,tak up to date ngan muvie2 kat pawagam..dah berhari2 aku download cter neh, tapi aku tangguhkan niat aku nak tengok sebab aku takut...hahaha..cter bunuh2 neh aku slow ckit kalu tengok sorang2..tapi tadi aku berjaya gak perabis citer itu...uhuuu..aku tak nak cerita dari A to Z apa yang berlaku dalam muvie ini tapi apa yang aku nak ulas dari cter ini ialah intipati yang cuba diterapkan atau msg sebenar yang cuba disampaikan melalui cerita ini...

mungkin apa yang cuba disampaikan melalui cerita ini ialah mengenai pendidikan anak-anak, cara asuhan,layanan kpd anak2 akan mencorakkn diri mereka..baik asuhannye maka baik budaknya.buruk asuhannya maka buruklah budak itu bila dewasa..ini melalui cerita ini lah...

ibu bapa melayan anak secara kasar sejak mereka kecil lagi...kena tampar kena kick tu dah mcm makanan harian budak2 tu...
diasuh plak dengan carutan yang segala bagai yang kuar dari mulut orang dewasa..
anak2 dibiar bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sifat kawan..
maka,
wujudlah anak2 yang sanggup menyeksa dan membunuh tanpa rasa belas...
sanggup mengikut kawan sampai membawa maut dibunuh kwn sendiri...
takde dah rasa empati atau belas dalam diri...

uhuuu sesungguhnya aku takut bila memikirkan keadaan ini, kalau ini yang berlaku di tempat kita dalam masa 20tahun lagi, boleh punah sebuah negara,sebuah bangsa...dari anak2 yang kurang kasih sayang ini mereka akan membesar,lalu membentuk satu komuniti, satu komuniti akan terus berkembang...dan mungkin pada saat itu, bunuh membunuh neh dah jadi perkara biasa yang takkan ada orang amik kisah...

Ya, Allah jauhkan lah benda2 sebegitu dari berlaku di sini....biar masyarakat kita penuh dengan kasih sayang, penuh dengan empati...sesibuk mana ibu bapa bekerja, jangan dilupakan anak2...asuh mereka agar menjadi manusia yang ada 'isi'..

Pisau Cukur

asalamualaikum
tadi aku berkesempatan menonton cter melayu baru release kat pawagam

PISAU CUKUR

my review: not worth watching...ntahla..pelakon suma mantap2 tapi ada something yang ilang wat filem tu kurang kick

my star: 2 bintang
 
Design by Pocket